moga UMNO terus mara

uncle SANTA!


jangan lupa drop by kat rumah saya ya. saya kunci pintu takkan tak kunci pulak nanti buatnya perompak masuk tak ke mati saya kena bambu dengan ayah saya!
tapi saya tak kunci jendela eceh tingkap bilik saya. uncle santa panjat lah tingkap tu ye. bukan tinggi mana sangat pun. lepas uncle santa masuk..uncle pandang belah kanan.jangan pandang kiri taw.saya tengah tidur tah macam mana buruk rupa malu je kalau uncle nampak nanti jatuh saham. dekat belah kanan tu ada meja warna putih. ala meja yang uncle bagi tahun lepas tu.ingat lagi tak?tengok. cantik lagikan? habuk sikit pun takda kantoi baru lepas lap pagi tadi.

uncle santa letak je BEG ADIDAS yang saya dah mms kat uncle gambar dia jadi uncle tak salah beg pulak dekat atas meja tu. esok pagi masa saya nak sembahyang subuh eh ye lah saya islam bukan kristian kena lah sembahyang. isk itu pun nak kerut kening uncle ni taw. masa saya nak sembahyang nanti saya check hadiah tu ye. jangan risau kalau saya tak berkenan, saya skype uncle.

ok uncle. selamat hari natal merry christmas hohoho
kirim salam dekat mrs santa. cakap kat dia saya suka tengok dia belakon dalam cerita apa tah kat hallmark channel tu!


bye!

suddenly i realize

i miss the old time...when i with you!










p/s: siapa yang ada jerawat di muka..watch out! FARA SUDAH BOLEH MELIHAT DENGAN JELAS SEKARANG!!!!!:P

call me JAKUN!

saya baru je download Google Earth.


cis! saya nampak senyuman sinis anda!

tapi sumpah! jadi jakun jap bila boleh usha negara orang dengan sekali klik!
benar kata orang tua tua..
dunia di hujung jari saya!


ok.nak teruskan sesi peng-jakun-an

p/s: EE xsiap ape lagi nih!

me-LAYU

Saya pelik. Bengang pun ada.

kenapa sesetengah orang lebih mementingkan bentuk fizikal atau dalam bahasa jajahannya physical appearance berbanding keselamatan diri sendiri?
sesetengah je lah..bukan semua. kalau anda rasa anda termasuk dalam golongan sesetengah ini, saya mintak maaf la sebab saya memang mahu mengata anda sekarang ini.

perkara ni saya perhatikan selalu terjadi dalam golongan me-layu. golongan lain mungkin ada jugak.tapi disebabkan saya hidup dalam komuniti ini, jadi skop saya tertumpu kepada golongan me-layu ni je lah.

ada sesetengah dari mereka ni suka show off. show off ni kira nak tunjuk yang kononnya aku lagi hebat dari kau la. contoh situasi, "wah, kau ada A la...tapi aku heran apa...aku ada A kuasa dua!" - walaupun sebenarnya A kuasa dua itu di beli secara ansuran manakala A di beli secara cash.

sama jugak kalau kita tengok makcik makcik yang suka bergaya dengan rantai mas berselirat kat leher dengan lengan. berkilau kilau bila pegi ke pasar. makcik oii, pegi pasar pakai barang kemas tu buat ape? nak tayang kat si penjual daging ais ke? kalau pegi naik kereta dengan suami tak pe jugak. ni kalau naik bas ke...jalan kaki ke..tak ke bahaya? sangat mendedahkan diri kepada peragut bermotor. kadang kadang saya terfikir..hukuman tak patut di beri kepada peragut tu je..tapi kat mangsa ragut jugak.tapi bukan lah yang betul-betul menjadi mangsa ragut, tapi mangsa yang saja meng-outstand-kan diri sendiri untuk menjadi mangsa ragut.

mungkin mereka ni banyak duit. jadi tak kisah lah kalau nak beli emas sama berlian berpuluh karat. tapi cuba fikir consequences bila pakai benda benda macam tu kat tempat awam. macam macam benda bahaya boleh berlaku. kalau si pencuri/perompak/peragut ni ambil barang barang hiasan tu tanpa cederakan diri kita takpe jugak.ni paling tak pun cedera kat leher akibat sentapan si peragut, tak pun tangan terkehel, tersembam kat jalan. tak ke naya? barang hilang..nyawa pun silap silap melayang!

ape la salahnya kalau laburkan duit tu sikit untuk masuk mana mana skim insurans ke. at least kalau jadi apa apa, boleh dapat pampasan. kurang la sikit beban kalau jadi benda benda yang tak diingini. ni tak. asyik fikir nak menunjuk kat orang je. macam orang lain heran sangat kita ada barang branded.
tapi tu lah mentaliti kebanyakan dari kita. suka orang tengok kita hebat. tapi kita lupa perkara buruk yang boleh terjadi akibat kehebatan tersebut.

ok.saya bagi lagi satu contoh. Encik M sangat excited bila dah beli sebuah rumah teres 2 tingkat...jadi dia gunakan semua duit simpanan dia untuk renovate rumah tersebut supaya menjadi sebijik macam rumah yang dia idamkan sejak zaman sekolahnya lagi. dia besarkan living hall, dapur, master bedroom..pagar stainless steel..memang dah takde rupa rumah teres..tapi macam rumah banglo!

akibat dah terlalu ghairah pecah dinding sana..pecah dinding sini..extend ruang ini..extend ruang itu..akhirnya duit habis. tapi dia puas! sebab semua yang dia idamkan dah ada depan mata.

tapi dia lupa..rumah dia yang dah outstand dari rumah jiran jirannya dengan mudah menarik perhatian perompak perompak tegar! perompak tengok rumah tu cantik semacam je..mesti owner dia kaya raya ni. so..diorang pun aim rumah tu..usha punya usha..baru si perompak ni perasan..alarm system tak di pasang..memang sah la malam tu diorang pecah masuk!

bukan lah nak kata bangsa lain bagus. tapi ambil contoh bangsa cina. kadang kadang bila tengok cara diorang dress up..tak tahu pun sebenarnya diorang ni owner satu syarikat yang mantop. nampak macam biasa je. tapi ambek ko..kereta brabus sebijik!

kebanyakan dari diorang ni fikir long term..contohnya ada back up plan untuk company kalau recession berlaku. so, risiko nak gulung tikar masa gawat tu kurang la. diorang invest kat sana..invest kat sini..join insurance scheme ini..scheme itu..itu semua pelaburan yang bijak untuk masa panjang. at least kebajikan anak bini time gawat gawat macam sekarang ni terjamin.

tah la. saya tak tahu lah kalau saya yang over react. tapi saya rasa tu lah beza sebahagian bangsa melayu berbanding bangsa lain. suka sangat fikir short term effect..long term punye tak pernah nak endah..tu pasal bila ekonomi merudum sikit...orang melayu ramai urut kepala.

melayu melayu. jangan lah terus melayu. cuba la blossom sikit...baru lah nampak gempak..baru boleh berdiri dan duduk sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa lain.

ok. tetiba saya tak tahu nak buat penutup macam mana. biasa lah..time tulis tak fikir long term...bila dah bebel bebel berjela..tiba tiba stuck.tak tahu nak sambung apa. jadi. saya stop macam ni je lah ye. anda bebas membuat sebarang konklusi dari ulasan jiwa saya ini. renung renung kan dan selamat beramal!:)



mama ramadhan dah nak deliver baby syawal sangat sangat dah ni!


i just realize that this coming raya will be my very first raya without my sis around.

isk...sayu pulak.

eh..oh.baru teringat. raya haji lepas pun dia tak ada. tapi saya pedulik ape la kan..sebab saya tengah berfoya-foya dengan orang asli di bukit serdang. so tak terasa sangat lah

tapi kali ni baru terasa yang dia betul betul hak orang lain selepas diakadnikahkan.(dia kahwin tahun lepas kalau anda nak tahu.)

and last raya haji she called me and cried. ye lah. tak pernah raya jauh dari family tercintakan..especially when her only little sister yang gila-comel-nak-mampos tiada disisi. memang broke down habis. eh, saya ada cerita tak time tu saya baru je kena sengat lipan? takde eh? takpe lah. lain kali saya cerita.(:

this raya..we'll see whether the same drama would happen again or not..ye lah. dia sekarang dah ada budak yang sumpah-comel-nak-mampos-kalah-adik-dia-yang comel-gila-tu around..so ada masa lagi ke nak melodrama dalam phone? baru je nak dial..anak berak lah..menanges lah.oh.sangat tak menang tangan. jiwa apatah lagi.

tapi since kakak saya sorang ni jenis kememeh sikit, saya dapat rasakan the same drama akan berlaku lagi. sapa nak bet? hahaha.

eh ok lah. memandangkan esok saya sudah mahu berangkat pulang ke kampung halaman yang sangat saya cintakan...saya ucapkan BYE BYE anda! gunakan akhir ramadhan dan syawal ini dengan sebaik mungkin ya. jangan main mercun. kalau nak main jugak, call saya. saya mahu join.

ok.sekian.assalamualaikum.

raya sana sini raya



tempat: bilik tidur yang comfy gila.boleh buat saya tidur berkali-kali secara marathon.

suasana: di luar, cuaca cerah. tapi ada tanda tanda mahu hujan.radio sedang bingit dengan lagu Suasana Hari Raya
mood: gembira. nak raya weh!
kondusi diri: oh.saya dah mandi.dan masih berpuasa.
pencapaian hari ini: saya bangun awal. pukul 10:30 pagi! (hanya terlewat 2 jam dari masa yang sepatutnya.)
cerita hari ini: dah nama pun mood raya kan..so saya nak cakap pasal assignments lah. isk! saya tak kesah sikit buat world literature. EE. handouts. tapi IA BMS! oh masalah masalah!

saya tak minat bisnes! dan saya nak jadi engineer. pe jadah saya nak tahu pasal TESCO! time google google university pilihan dulu..tak de pulak dalam requirement dia "you must interview TESCO Kajang supervisor on type of promotional strategies they currently use" sumpah! tak de!

lagi pun..buat apa lah sibuk sibuk nak tahu pasal company orang lain kan? saya tak suka lah jaga tepi kain orang. lain lah saya nak kahwin dengan anak tokei dia. memang segala hal Tesco saya ambil tahu. tak pun kalau Tesco yang bagi scholarship kat saya. SUMPAH! saya akan jadi pelanggan-tetap-setiap-hari-tak-kira-masa Tesco. ni bukan nak kata scholar, nak rasa tester makanan pun susah!

ahhh..serabut.serabut.

eh, bosan lah cakap pasal bisnes.
jap. pandang bawah. pandang je lah! eh, asal baca lagi ni! pandang bawah!


sini! sini! sini! pandang sini!!!

ya! sini! sini! bijak!!!


fikir pasal bisnes spoil kan mood lah. bosan. ayuh cakap pasal raya.

selepas hampir 19 tahun menyambut hari raya, saya dapat rasakan nafsu ke-raya-an saya semakin menurun.

setiap kali pegi bazar ramadhan, mesti nampak orang jual mercun, bunga api. sumpah! nak beli. tapi i shegan lah! bak kata ayah saya: "isk, dah tua meghega pon ada hati nak main mercun ka? buat malu ja orang tengok." oh. ayah saya orang utara. tu pasal loghat die hebat.

jadi, sepanjang bulan puasa ni, saya hanya meninjau ninjau jiran sebelah rumah main mercun di sulami suara anak buah saya yang menangis dengan suara habis comelnya sebab terkejut dengar bunyi mercun.

time time macam ni lah nostalgia ketika masih bebas dari pengeluaran sebarang jenis hormon, rasa malu mahupun darah datang kembali.

saya dulu ada famili angkat. mak angkat, abah angkat, nenek angkat, atuk angkat, sepupu angkat, abang angkat, adik angkat. eh, cukup package lah senang cakap.

sebabkan saya ni anak bongsu, dan gap umur dengan kakak pon jauh..saya lagi suka lepak kat rumah angkat-angkatan saya ni. ye lah. saya dengan abang angkat saya beza 2 3 tahun je. jadi, memang enjoy lah main dengan dia. tapi bila dah nama pon kawan dengan laki, main pon macam laki lah.

panjat pokok..panjat bukit,pastu slide ke bawah guna kotak.salah landing, terjun longkang. main bola tak yah cakap lah. yang bosan nye, saya pasti menjadi rebutan 2 kumpulan untuk dijadikan goal keeper. ape ingat aku tak reti tendang bola ke??!

ok ok. back to the story. bila time bulan puasa, mesti mak bawak saya pergi terawih. tapi saya sembahyang kat saf paling belakang. alasan: nanti nak kencing senang. dekat dengan tandas.

bila imam cakap je.."Allahuakbar"..wuushhhhh! saya hilang. cari abang angkat. lepas tu mulakan modus operandi. mula mula makan dulu! tengok pakcik pakcik sebuk angkat dulang, line clear...! ambil 2 3 biji kuih..makan tepi keranda mandi jenazah. haha. gila berani kan? ye lah, dulu bukan tahu tong tu untuk apa. kalau tahu, sumpah takkan pegi dekat!

bila dah kenyang, abang angkat saya, ok. nama dia abang wan. abang wan mula buat muka nakal nak mampos dia. nasib muka comel! keluarkan mancis dengan mercun...kemudian..

KEBABOMMMMM!

WOIIII!APA MAIN MERCUN KAT SINI NI?!! AKU PICIT KANG MAMPUIH SEKOQ SEKOQ!

jerit pakcik yang bawa dulang tadi. (mostly pakcik pakcik ni asal dari utara..walaupun dah kerja lama kat penjara kajang, jati diri tidak pernah dilupakan.)

kami pon lari..sambil gelak bagai nak rak. gila perangai hampir menyerupai setan! saya terpaksa akui.haih!

dah penat bermain, kami masuk balik dalam masjid..buat aksi akrobatik segala. bila imam habis baca fatihah, kami pon dengan sekuat hati jerit AMINNNNN dengan pelbagai tone suara. harmoni habis.

sekali.."eh..asal bising sangat ni?!"

aduhh! ustaz misai lebat datang!!!!!!! untuk pengetahuan anda, ustaz misai lebat ni ajar kami mengaji. sumpah saya seram sejuk bila jumpa dia. miasai dia hampir menyerupai misai A Galak. cuma kurang daya lentikan je.

"baik pegi sembahyang cepat, kalau tak ustaz rotan sorang-sorang. Ya Allah, pompuan pon ada! apa nak jadi ni! dah dah. pegi sembahyang cepat!"

kami pon dengan tersengih-sengih masuk saf balik. bayangkan..dengan berpeluh peluh..bau..err..xde kot..heh..saya pakai telekung. elok orang bagi salam je..mak pandang belakang. oh! saya tahu pandangan itu! dalah hati: 'mamposlah aku balik nanti!'

wahhh! rindu gilaa time tuuu! mungkin cerita saya tak sehebat anda. tapi bagi saya dah habis hebat lah.

kalau sekarang ni raya..lepas habis sembahyang raya..balik rumah..salam salam..maaf maaf.makan makan.tamat.gila bosan!







oh, sempena mama Ramadhan yang dah sarat mengandungkan baby Syawal dan dijangka due beberapa hari lagi...saya nak mengambil kesempatan ini (isk, ambil kesempatan itu tidak baik ya!) nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan taulan.sepupu sepapat.jiran jiran. cikgu cikgu. MAAFkan segala kesalahan yang saya pernah buat. saya tahu kadang kadang saya ada sakitkan hati, marah tak tentu ke hala macam orang meroyan, bersikap sarkastik tanpa berniat untuk berbuat demikian,terkutuk, terngumpat, termengata, termenyinggungkan perasaan/jiwa/fizikal anda tanpa niat atau beserta niat..sebuah kemaafan dipinta..ikhlas ni..from my very the bottom and the deepest of my heart. *gringringrin*


bulan baru.lembaran baru.bertambah mutu!


video

berapa hari lagi nak raya?



never ask me to go to Sepang Circuit

never ask me to be near anybody who use grass cutting machine

never ask me to be in pool

never ask me to wash car using machine

never ask me to go to workshop

never ask me to go to hospital

never ask me to go to cinema

never ask me to use escalator..instead, use emergency stairs

never ask me to go to cafe and sit just beside the window






never ever ask me to watch final destination 5, 6 & 7! 4 is enuf!


oh..saya sangat paranoid sekarang!


first HANI, second RAMLAH, third NAJAT

three of my bestest friends already and also preparing to fly..


GOSH!


I'M SOOOO NAK FLYYYYYY!!!!!!!!!!!!!


:'(

DEAR ALLAH, do make my path easier..AMINN~